Guru durjana rogol 13 pelajar hingga hamil dipenjara seumur hidup

Guru durjana rogol 13 pelajar hingga hamil dipenjara seumur hidup

HERRY WIRAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang pemilik sekolah berasrama yang merogol 13 pelajar perempuan di Bandung dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah.

Lapor BBC, Herry Wirawan didakwa merogol kesemua pelajar perempuan tersebut yang berusia 11 hingga 16 tahun sehingga mereka hamil anak luar nikah.

Herry yang juga merupakan guru agama merogol mangsa sejak 2016 dengan lapan daripadanya mengandung dan ada seorang daripadanya pernah bersalin dua kali.

Pihak pendakwa raya sebelum ini mendesak mahkamah supaya mengenakan hukuman mati terhadap Herry.

Namun, Mahkamah Daerah Bandung memutuskan lelaki berusia 36 tahun itu dipenjara seumur hidup.

Mahkamah juga menolak permohonan pendakwa raya untuk tertuduh dikembiri secara kimia.

Perbuatan terkutuk Herry hanya terbongkar pada Mei tahun lalu apabila ibu bapa seorang daripada mangsanya menyedari anak mereka mengandung.

Herry sebelum itu menguruskan sebuah sekolah agama di Bandung, Jawa Barat.

Media tempatan melaporkan, Herry cuba menarik perhatian pelajar setempat yang kebanyakannya daripada golongan miskin untuk belajar di sekolahnya dengan menawarkan biasiswa dan pelbagai insentif.

Mahkamah juga dimaklumkan kesemua pelajar Herry tidak dibenarkan menghubungi keluarga mereka apabila telefon bimbit dirampas, selain hanya dibenarkan pulang ke rumah sekali setahun.

Kes itu mendapat perhatian meluas daripada pelbagai pihak di Indonesia yang kebanyakannya menzahirkan rasa marah serta kecewa dengan perbuatan guru berkenaan.

Banyak pihak menggesa kerajaan supaya melaksanakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah seksual bagi melindungi golongan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya