Penjawat awam direman lima hari, dipercayai amang seksual murid lelaki - Utusan Malaysia

Penjawat awam direman lima hari, dipercayai amang seksual murid lelaki

SEORANG penjawat awam direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual terhadap seorang murid lelaki berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang penjawat awam direman selama lima hari bagi membantu siasatan dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di sebuah sekolah, di sini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu berdasarkan satu laporan polis yang dibuat, semalam.

“Tangkapan telah dibuat ke atas suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun. Turut dirampas sebuah telefon bimbit.

“Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama lima hari mulai hari ini hingga 26 Mei 2026 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a)/14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, perintah reman selama lima hari itu dikeluarkan Hakim, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN