MANILA: Pasukan Pengawal Pantai Filipina (PCG) meluluskan polisi pemakaian baharu dengan membenarkan anggota pasukan wanita beragama Islam memakai tudung.
PCG mempunyai seramai 1,850 anggota beragama Islam, dengan 200 daripadanya adalah wanita.
“Diharapkan lebih ramai wanita Islam akan menyertai anggota pasukan pengawal pantai dengan peraturan baharu ini,” kata PCG dalam kenyataan.
Tahun lalu, Kapten Alicman S. Borowa mencadangkan pemakaian tudung dalam pakaian seragam pasukan itu.
Suruhanjaya Kebangsaan Filipina Muslim turut mengalu-alukan perkembangan itu.
Negara yang mempunyai 110 juta penduduk itu mempunyai populasi penduduk Islam sebanyak enam peratus.-AGENSI