Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing akan dilanda pencemaran udara teruk - Utusan Malaysia

Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing akan dilanda pencemaran udara teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China memberi amaran pencemaran udara yang teruk akan berlaku semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk, 4 Februari depan.

Bagaimanapun, negara itu sudah bersedia dengan pelan kecemasan bagi memastikan temasya itu tidak terganggu oleh asap dan jerebu.

Beijing mengisytiharkan ‘perang terhadap pencemaran’ selepas memenangi bidaan Sukan Olimpik pada 2015, dengan menutup berpuluh-puluh loji arang batu dan menempatkan semula industri berat bagi menurunkan status sebagai salah satu bandar paling tercemar di dunia.

Data negeri yang dikeluarkan bulan ini menunjukkan kualiti udara masih jauh di bawah piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jurucakap Kementerian Alam Sekitar China, Liu Youbin berkata, Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Paralimpik Beijing bertepatan dengan penghujung musim sejuk dan permulaan musim bunga di utara China, dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

“Apabila pencemaran teruk diramalkan, semua kawasan akan melancarkan pelan kecemasan.

“Ini termasuk mengurangkan pengeluaran di syarikat yang mencemarkan dengan kesan ekonomi yang agak kecil di bandar tuan rumah di Beijing dan Zhangjiakou,” katanya.

China berharap dapat menggunakan Sukan Olimpik Musim Sejuk untuk mempamerkan kelayakan hijaunya dengan membina puluhan tenaga angin dan suria untuk memeriahkan tontonan sukan itu.

Hampir 60 peratus ekonomi China dijana oleh arang batu dan negara itu menyaksikan lonjakan import bahan api fosil dan perlombongan bagi membantu memerangani masalah janakuasa yang melumpuhkan kilang.

Menurut IQAir, China menghuni carta 42 dari 100 bandar paling tercemar di dunia pada 2020.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya