Perdana Menteri Sudan letak jawatan - Utusan Malaysia

Perdana Menteri Sudan letak jawatan

ABDALLA HAMDOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok meletakkan jawatan semalam selepas lebih dua bulan kudeta tentera merampas pentadbiran negara.

Peletakan jawatan itu juga susulan protes yang berlangsung di ibu negara itu sehingga menyebabkan kematian orang awam.

Hamdok dibebaskan semula selepas dikenakan tahanan rumah oleh Ketua Tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan kuasanya sebagai Perdana Menteri dikembalikan semula 21 November lalu.

Tindakan itu dilakukan menerusi sebuah perjanjian yang menjanjikan pelaksanaan pilihan raya pada Julai 2023.

Namun, media tempatan melaporkan beliau tidak hadir ke pejabatnya sejak beberapa hari lalu sehingga khabar angin bertiup kencang mengenai peletakan jawatannya.

“Saya telah cuba sedaya upaya menghalang negara daripada terus rosak ke arah bencana,” katanya semasa berucap menerusi siaran televisyen.

Kerajaan peralihan yang ditubuhkan di Sudan sejak 2019 adalah gabungan pemerintahan Abdalla Hamdok yang dicalonkan oleh prodemokrasi dengan Ketua Majlis Tertinggi Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan.

Abdalla yang merupakan seorang diplomat dilantik sebagai Perdana Menteri dan Abdel Fattah yang memimpin tentera kekal sebagai Ketua Negara sehingga 2022.

Abdalla dilihat lebih bersungguh-sungguh melancarkan kempen antikorupsi sehingga merampas aset Petronas milik Malaysia selepas mendakwa bekas Presiden, Omar al-Bashir yang digulingkan April 2019 memperoleh aset tersebut secara tidak sah.

Namun, tidak semena-mena kerajaan gabungan itu sendiri membawa lari Abdalla yang dikenakan tahanan rumah ke sebuah lokasi rahsia termasuk beberapa pemimpin lain.

Abdel Fattah selepas itu mengumumkan pengisytiharan darurat sekali gus membubarkan kerajaan peralihan tersebut dan menjanjikan proses demokrasi akan ditegakkan melalui pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka diadakan Julai, 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya