Penduduk Xian tukar barangan elektronik demi makanan - Utusan Malaysia

Penduduk Xian tukar barangan elektronik demi makanan

PENDUDUK Xian menukar konsol permainan Nintendo Switch untuk mendapatkan mi segera dan roti kukus. - WEIBO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Penduduk bandar Xian yang dikenakan perintah berkurung dilaporkan berdepan masalah kekurangan bekalan makanan mencukupi sehingga ada antara mereka sanggup menukar barangan elektronik semata-mata untuk mendapatkan makanan.

Lapor Daily Mail, kira-kira 13 juta penduduk yang menetap di bandar Xian dikurung di rumah sejak 23 Disember tahun lalu dan mereka dilarang keluar sama sekali untuk mendapatkan makanan serta bekalan penting.

Justeru, penduduk berkenaan terpaksa bergantung kepada barangan keperluan yang diagihkan oleh pihak berkuasa tempatan.    

Namun, sejak kebelakangan ini, penduduk Xian menyuarakan kebimbangan mengenai masalah kekurangan bekalan makanan dialami menerusi laman media sosial.

Sebahagian penduduk mendakwa masih belum menerima bantuan daripada pegawai manakala yang lain pula mendedahkan melakukan barter atau pertukaran barangan.

Beberapa gambar dan rakaman dimuat naik di platform media sosial China, Weibo menunjukkan penduduk terdesak menukar konsol permainan Nintendo Switch demi mendapatkan mi segera dan roti kukus.

Antara barangan lain turut ditawarkan adalah rokok sebagai ganti kepada kubis, tuala wanita untuk sayur-sayuran dan cecair pencuci pinggan bagi mendapatkan epal.

Media kerajaan bagaimanapun mempertikaikan dakwaan itu dengan menyiarkan gambar dan rakaman memaparkan sekumpulan pegawai mengagihkan bungkusan barangan runcit kepada penduduk di bandar tersebut.

Stesen radio Radio Free Asia menggambarkan situasi tersebut sebagai pertukaran terdesak sehingga ada individu sanggup menukarkan telefon pintar dan tablet hanya untuk mendapatkan beras.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya