Makanan tercemar ragut 1.5 juta nyawa setahun - Utusan Malaysia

Makanan tercemar ragut 1.5 juta nyawa setahun

TEDROS ADHANOM GHEBREYESUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa makanan yang tercemar mengorbankan 1.5 juta nyawa di seluruh dunia pada setiap tahun.

Makanan itu tercemar dengan bakteria berbahaya, virus, parasit atau bahan kimia dengan golongan kanak-kanak menjadi kumpulan yang paling teruk terjejas.

Analisis itu dijalankan terhadap 194 buah negara antara tahun 2000 dan 2021.

Menurut WHO, ia mendapati sebanyak 886 juta orang menghidap penyakit yang dikaitkan dengan pengambilan makanan tidak selamat setiap tahun. 

Data itu turut menunjukkan bahawa kanak-kanak berusia di bawah lima tahun berdepan risiko hampir tiga kali ganda lebih tinggi untuk dijangkiti.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan isu keselamatan makanan bukan sesuatu yang abstrak sebaliknya ia menyentuh setiap hidangan, setiap keluarga pada setiap hari.

Meskipun kes penyakit akibat pengambilan makanan berbahaya menunjukkan penurunan secara keseluruhan sejak tahun 2000, jurang ketidaksamaan serantau yang ketara masih lagi wujud. 

Rantau Afrika dan Asia Tenggara sahaja menyumbang kepada hampir tiga perempat daripada keseluruhan kes penyakit berkaitan makanan. 

Ia turut mencatatkan 60 peratus kes kematian di peringkat global.

Pada tahun 2001, ancaman biologi seperti bakteria dan virus menjadi punca utama kepada sebahagian besar kes penyakit bawaan makanan, iaitu melibatkan kira-kira 860 juta kes. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN