fbpx

Ketua Saintis WHO bagi amaran kanak-kanak sihat tak perlukan dos penggalak

RIHANNA CHIHUAQUE,7, menerima suntikan vaksin Covid-19 di Institut Arturo velasquez di Chicago.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan menjelaskan tiada bukti kukuh kanak-kanak dan remaja yang sihat memerlukan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Lapor Reuters, beliau sebaliknya menjelaskan lebih banyak kajian diperlukan bagi menentukan golongan manakah yang memerlukan dos penggalak semasa varian Omicron merebak.

“Setakat ini, tiada bukti lagi kanak-kanak atau remaja yang sihat memerlukan dos penggalak,” tegasnya.

Menurut Swaminathan, kumpulan pakar WHO akan mengadakan pertemuan minggu ini bagi membincangkan persoalan mengenai bagaimana sesebuah negara patut mempertimbangkan pemberian dos penggalak kepada rakyat mereka.

“Tujuannya adalah melindungi golongan paling berpotensi terdedah dengan wabak, melindungi mereka yang berisiko dengan penyakit berbahaya dan ancaman kematian.

“Mereka adalah populasi warga emas, individu yang terjejas dengan tahap imunisasi serta golongan pekerja penjagaan kesihatan,” katanya.

Israel mula memberikan suntikan dos penggalak kepada kanak-kanak berusia 12 tahun, manakala Amerika Syarikat memberi kebenaran penggunaan dos ketiga vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI