Kawasan pantai seluas 270 padang bola sepak dicemari tumpahan minyak - Utusan Malaysia

Kawasan pantai seluas 270 padang bola sepak dicemari tumpahan minyak

SEJUMLAH petugas membersihkan kawasan tepi pantai yang dicemari tumpahan minyak di pekan Ancon, utara Lima di Peru. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Kerajaan Peru mengisytiharkan darurat alam sekitar semalam bagi menangani krisis tumpahan minyak disebabkan bencana tsunami yang melanda Tonga pada minggu lalu.

Letusan gunung berapi dasar laut berhampiran Tonga pada Sabtu lalu mencetuskan tsunami di sekitar Pasifik sehingga ke Amerika Syarikat (AS).

Di Peru, tumpahan minyak berhampiran Lima mencemarkan beberapa pesisir pantai, mengakibatkan ratusan burung mati dan menjejaskan sumber pendapatan golongan nelayan.

Menerusi dekri 90 hari, kerajaan merancang untuk memulihkan keadaan di 21 pantai daripada tumpahan minyak yang melibatkan 6,000 tong dari sebuah kapal tangki.

Insiden tumpahan minyak itu berlaku ketika kapal tangki milik syarikat Sepanyol, Repsol memindahkan tong minyak dari kilang penapisan sebelum gempa bumi berlaku dan menyebabkan tsunami.

Menteri Perdagangan Luar dan Pelancongan, Roberto Sanchez menganggarkan insiden itu menyebabkan kerugian ekonomi melebihi AS$50 juta (RM209 juta).

Sehubungan itu, kerajaan Peru dijangka menuntut bayaran ganti rugi daripada Repsol mengenai insiden yang berlaku, selain perlu bertanggungjawab dalam operasi pembersihan pantai yang tercemar.

Selain itu, Kementerian Alam Sekitar Peru juga memberitahu, kawasan pantai seluas 174 hektar, bersamaan 270 padang bola dicemari dengan tumpahan minyak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya