Itali larang berburu, aktiviti luar berikutan penularan selsema babi Afrika - Utusan Malaysia

Itali larang berburu, aktiviti luar berikutan penularan selsema babi Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Itali semalam melarang kegiatan pemburuan dan beberapa aktiviti luar di dua wilayah di utara negara ini susulan penularan selsema babi Afrika.

Jangkitan itu tidak berbahaya kepada manusia, namun boleh menyebabkan ternakan babi maut, sekali gus merugikan banyak peladang.

Wabak itu berasal dari Afrika sebelum menular ke Eropah dan Asia, menyaksikan ratusan juta babi mati atau dibunuh di seluruh dunia.

Menerusi notis yang ditanda tangani oleh Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza dan Menteri Agrikultur, Stefano Patuanelli, larangan itu melibatkan 114 kawasan luar bandar di wilayah Piedmont dan Liguaria.

Sebanyak empat babi hutan di kedua-dua wilayah itu dikenal pasti membawa jangkitan selsema babi.

Aktiviti lain yang ditegah termasuk mengutip cendawan, memancing, berbasikal di kawasan terlibat, mendaki atau sebarang kegiatan yang terdedah dengan babi hutan yang sudah dijangkiti.

Namun, pemburuan babi hutan masih dibenarkan bagi mengawal populasi haiwan tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya