Ajinomoto tingkat komitmen dalam pemakanan sukan

Ajinomoto tingkat komitmen dalam pemakanan sukan

SCORE Marathon 2026 by AIA Vitality.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) memperkukuh komitmennya dalam memajukan pemakanan sukan sempena SCORE Marathon 2026 by AIA Vitality yang berlangsung pada 18 hingga 19 Julai lalu di Dataran Putrajaya. 

Menerusi jenama aminoVITAL, AMB tampil sebagai Rakan Rasmi Gel Tenaga bagi satu daripada acara maraton terbesar di Malaysia yang menghimpunkan pempengaruh larian antarabangsa serta wakil pemakanan sukan dari seluruh Asia.

Syarikat berkata, usaha itu sekali gus memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang prestasi sukan, pemulihan dan kesejahteraan. 

Menurutnya, diiktiraf sebagai antara acara maraton terbesar di Malaysia, SCORE Marathon 2026 berjaya menarik kira-kira 50,000 peserta dari Malaysia dan negara-negara serantau. 

“Acara ini menjadi platform terbaik untuk atlet, peminat kecergasan dan pakar pemakanan sukan berkongsi pengetahuan serta pengalaman, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan daya tahan, pemulihan dan kesejahteraan secara menyeluruh. 

“Satu daripada tarikan utama penyertaan AMB ialah kehadiran pempengaruh larian antarabangsa dari Korea, Thailand dan Singapura. 

“Penyertaan mereka mencerminkan perkembangan jenama aminoVITAL di peringkat serantau, di samping menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu pemakanan sukan dan kepakaran larian merentas negara. 

“Inisiatif ini sekali gus mengukuhkan peranan aminoVITAL dalam menyokong pembangunan sukan ketahanan di seluruh Asia. Antara pempengaruh larian antarabangsa yang menyertai acara ini ialah Munji Yu (Runner_Imba) dari Korea, yang berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori Full Marathon Overall Men’s Open,” katanya dalam kenyataan.

AMB berkata, sepanjang program berlangsung, aminoVITAL membantu para peserta melalui produk nutrisi berasaskan asid amino yang dirumus secara saintifik untuk meningkatkan daya tahan, mengekalkan tenaga serta menyokong proses pemulihan sebelum, semasa dan selepas aktiviti fizikal. 

Tambahnya, kerjasama itu mencerminkan komitmen berterusan AMB dalam mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat menerusi pemakanan berasaskan sains, di samping memperluaskan kehadiran aminoVITAL dalam segmen pemakanan sukan. 

“Melalui sokongan terhadap acara sukan berskala besar serta usaha meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan sukan, AMB terus menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang lebih sihat dan aktif. 

“Pada masa hadapan, AMB akan terus memperkukuh kerjasama dengan komuniti sukan dan kesejahteraan serantau menerusi perkongsian strategik, inisiatif libat urus pengguna serta peluang perkongsian ilmu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN