‘Pihak lain juga guna aset kerajaan untuk kempen pilihan raya’

‘Pihak lain juga guna aset kerajaan untuk kempen pilihan raya’

AHMAD Zahid Hamidi semasa sidang akhbar pada Majlis Pertemuan Bersama Kakitangan Kemas Negeri Sembilan di Kampung Pantai, Seremban hari ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat pihak lain turut menggunakan aset kerajaan bagi tujuan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu menamakan pihak terbabit, namun mendakwa mempunyai rekod berkaitan perkara itu.

“Ada orang lain gunakan. Saya tak nak sebut lah, saya tahu saya ada rekod. Janganlah yang dia tak setuju dia gunakan, tapi orang lain boleh pula gunakan.

“Ada pula tu bersekongkol di negeri lain pula, lagi jauh,” katanya kepada pemberita pada Majlis Amanat TPM beraama Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Sembilan di Kampung Pantai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G. Manivannan yang mendakwa beberapa aset kerajaan digunakan BN sepanjang tempoh berkempen.

Sementara itu, beliau berkata, gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) perlu dipertingkatkan sepanjang tempoh berkempen bagi menghadapi cabaran sebagai parti bukan pilihan pada PRN Negeri Sembilan ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan tahap gerak kerja jentera dan mahu semua calon serta petugas parti menggandakan usaha bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Katanya, kedudukan BN yang hanya mempunyai 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum pembubaran DUN seharusnya menjadi peringatan kepada parti supaya tidak berasa selesa, sebaliknya terus bekerja keras.

“Saya masih belum berpuas hati daripada segi gerak kerja mereka. Kita adalah parti ‘underdog’, calon-calon kita adalah underdog. Sebab 14 ahli-ahli Dewan Undangan Negeri kita, kita sering menganggap diri kita ini ‘underdog’

“Namun ‘underdog’ pun peluang itu harus dibalas. Jadi pembalasan itu insya-Allah ada ubi ada batas untuk kita berikan, bukan sewaktu kempen tetapi selepas (kempen) insya-Allah kerajaan baharu kita bentuk di Negeri Sembilan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN