Bot laju dari Indonesia menuju ke Malaysia karam dipukul ombak - Utusan Malaysia

Bot laju dari Indonesia menuju ke Malaysia karam dipukul ombak

PASUKAN keselamatan menemukan satu daripada mayat penumpang yang hanyut selepas bot dinaiki karam di Bengkalis, Riau. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGKALIS: Sebuah bot laju yang dalam perjalanan ke Malaysia dilaporkan karam akibat dipukul ombak kuat kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, kapal yang membawa seramai 21 penumpang yang dipercayai pendatang tanpa izin itu karam di perairan Pantai Ketapang di Bengkalis, Riau.

Agensi Nasional Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) Pekanbaru, Ishak berkata, bot tersebut berlepas dari Pangkalan Buah pada Jumaat lalu pada pukul 6 petang waktu tempatan.

Namun, 30 minit sejurus berlepas, kapten bot memaklumkan perjalanan terpaksa dihentikan kerana cuaca buruk dan bot itu berpatah balik ke lokasi pelepasan.

“Namun, ketika dalam perjalanan berpatah balik, bot itu dipukul ombak tinggi sehingga terbalik dan karam.

“Seramai 14 daripada 21 penumpang bot itu berjaya diselamatkan dengan empat maut dan tiga lagi hilang,” katanya.

Katanya, kesemua 14 penumpang yang terselamat diselamatkan oleh kumpulan nelayan di lokasi kejadian.

Jelas Ishak, tiga mangsa yang hilang terdiri daripada dua anak kapal dan seorang penumpang.

“Kami masih melakukan operasi mencari dan menyelamat tiga penumpang tersebut, selain turut dibantu agensi keselamatan yang lain dan nelayan setempat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.