Bangunan kedutaan Malaysia di Seoul terbakar - Utusan Malaysia

Bangunan kedutaan Malaysia di Seoul terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Satu kebakaran berlaku di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan hari ini.

Lapor agensi berita Yonhap, kebakaran itu berjaya dipadam dalam tempoh 17 minit dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut sumber, kebakaran berpunca daripada alat pemanas di tingkat dua kedutaan itu pada pukul 9.38 pagi waktu tempatan.

Insiden menyebabkan kira-kira 20 orang yang berada di dalam kedutaan itu dipindahkan segera.

Selain itu, kesan kebakaran turut memusnahkan sebahagian dinding bangunan berkenaan.

Sementara itu, pihak berkuasa melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya