39 pesawat China ceroboh zon pertahanan Taiwan - Utusan Malaysia

39 pesawat China ceroboh zon pertahanan Taiwan

JET pejuang jenis J-16 antara pesawat tentera China yang melintasi Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) Taiwan. – KEMENTERIAN PERTAHANAN TAIWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan mendakwa sebanyak 39 pesawat pejuang China menceroboh zon pertahanan udaranya dan menyifatkannya sebagai pencerobohan kedua terbesar dalam sejarah negara ini sejak 2 Oktober tahun lalu.

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, pesawat perang negara ini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan sistem peluru berpandu pertahanan udara turut mengesan jet pejuang China memasuki zon pertahanannya.

Pesawat pejuang itu termasuk 24 pesawat tempur J-16, 10 pesawat pejuang J-10 dan satu pesawat pengebom H-6 yang mempunyai keupayaan nuklear dikesan menceroboh ruang udara negara ini.

China sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakan provokasi itu.

Pencerobohan tersebut dilakukan selepas Amerika Syarikat (AS) dan Jepun menjalankan latihan tentera laut di Filipina.

Dalam pada itu, Beijing semakin agresif meningkatkan tekanan terhadap Taiwan sejak Tsai Ing-wen dipilih sebagai presiden pada 2016.

Ing-wen menerusi pendiriannya menganggap Taiwan adalah negara berdaulat dan bukan sebahgian daripada polisi ‘satu China’.

Tahun lalu, Taiwan merekodkan sebanyak 969 pencerobohan pesawat pejuang China di zon pertahanannya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya