Warga emas di Greece bakal didenda jika enggan divaksin - Utusan Malaysia

Warga emas di Greece bakal didenda jika enggan divaksin

SEORANG penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Aristotelous Square di Thessaloniki, Greece. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Greece bakal mewajibkan semua warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas di negara itu mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Malah, Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis berkata, denda sebanyak 100 euro (RM476) akan dikenakan secara selang setiap bulan bermula pertengahan Januari terhadap individu yang enggan divaksin.

Lapor BBC, wang denda tersebut akan digunakan untuk sistem kesihatan negara yang ketika ini sedang bergelut dengan lonjakan kes kemasukan ke hospital akibat jangkitan Covid-19.

“Rakyat yang berumur lebih 60 tahun perlu menempah slot janji temu mereka bagi suntikan dos pertama selewat-lewatnya pada 16 Januari ini.

“Mulai sekarang vaksinasi golongan itu adalah diwajibkan,” kata Mitsotakis dalam kenyataan kepada Kabinet.

Jelasnya, langkah tersebut akan dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan.

Beliau juga menjangka sebahagian besar penggubal undang-undang akan menyatakan sokongan terhadap tindakan mewajibkan vaksinasi supaya diluluskan.

Greece bakal menjadi negara pertama dalam kalangan Kesatuan Eropah (EU) yang mewajibkan vaksinasi bagi golongan kumpulan umur tertentu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya