Vaksin Pfizer gagal bentuk imuniti terhadap kanak-kanak - Utusan Malaysia

Vaksin Pfizer gagal bentuk imuniti terhadap kanak-kanak

PFIZER akan memberi tambahan dos ketiga kepada semua kanak-kanak dan bayi berusia enam bulan hingga lima tahun.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Syarikat pengeluar vaksin Pfizer memaklumkan ujian percubaan vaksin terhadap kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun menunjukkan kesan tidak memberikan imuniti yang dijangkakan kepada kumpulan umur tersebut.

Disebabkan itu, syarikat tersebut memutuskan untuk memberi tambahan dos ketiga kepada semua kanak-kanak dan bayi berusia enam bulan hingga lima tahun, selepas penasihat bebas melihat perkembangan data.

Data menunjukkan vaksin Pfizer/BioNtech tidak menghasilkan imuniti yang dijangkakan kepada kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, termasuk bayi sehingga berusia dua tahun.

Oleh itu, pihak syarikat akan ‘meminda’ percubaan dengan melakukan penambahan kepada dos ketiga.

“Kajian sekarang akan turut memasukkan penilaian tiga mikrogram dos ketiga, sekurang-kurangnya dua bulan selepas penerimaan dos kedua untuk memberikan tahap perlindungan yang tinggi dalam kumpulan umur tersebut,” katanya.

Pfizer sudah menurunkan kadar dos yang perlu diterima oleh kanak-kanak.

Bagi kumpulan umur 12 tahun ke atas, bilangan dos vaksin adalah sebanyak 30 mikrogram, manakala, 10 mikrogram bagi lima hingga 11 tahun serta dos tiga mikrogram pula bagi kanak-kanak berusia lebih muda.

Ujian percubaan awal menunjukkan bilangan dos yang lebih kecil mampu menghasilkan imun yang kuat terhadap kanak-kanak dan meminimumkan risiko kesan sampingan.

Namun, data interim yang direkodkan oleh Data Bebas dan Lembaga Pemantauan Keselamatan memperincikan jumlah dos yang lebih kecil tidak menghasilkan imun yang dijangkakan terhadap kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun.

“Tiada kebimbangan keselamatan dikenal pasti dan sukatan dos tiga mikrogram menunjukkan profil keselamatan yang menggalakkan kepada kanak-kanak berumur enam bulan hingga bawah lima tahun.

“Keputusan untuk menilai dos ketiga sebanyak tiga mikrogram bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun mencerminkan komitmen syarikat memilih dos yang betul dengan teliti untuk memaksimumkan profil risiko-manfaat.

“Jika kajian tiga dos itu berjaya, Pfizer dan BioNTech berharap dapat menyerahkan data kepada pengawal selia bagi menyokong Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga bawah lima tahun, pada separuh tempoh pertama 2022,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya