Perlu ambil vaksin sebelum jalani euthanasia - Utusan Malaysia

Perlu ambil vaksin sebelum jalani euthanasia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Sebuah kumpulan yang melakukan euthanasia di Jerman memaklumkan pelanggannya perlu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan untuk menjalani prosedur bantuan bunuh diri itu.

Lapor Daily Mail, menurut Persatuan Euthanasia Jerman Verein Sterbehilfe, para pelanggannya perlu mematuhi peraturan 2G yang dilaksanakan di negara itu.

Peraturan 2G menetapkan hanya individu divaksin atau pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 diberi akses untuk memasuki premis awam.

Persatuan itu menjelaskan prosedur euthanasia dan segala pemeriksaan awal dijalankan di klinik memerlukan `kontak rapat manusia’ yang bermakna dibawah undang-undang Jerman semua yang terlibat harus mematuhi peraturan 2G.

“Bermula hari ini, peraturan 2G terpakai dalam persatuan kami.

“Ia juga termasuk beberapa situasi seperti pemeriksaan segera sebelum dibenarkan masuk dalam bilik tertutup,” jelas persatuan itu dalam satu kenyataan.

Menurut persatuan itu, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira keselamatan seluruh kakitangan dan para doktor dalam organisasi tersebut.

Prosedur euthanasia dilaksanakan di beberapa negara yang membenarkan individu dewasa memilih untuk menamatkan nyawa mereka sekiranya menghidap penderitaan kronik yang tidak tertanggung atau tidak boleh dirawat.

Setakat ini, kira-kira 68 peratus daripada 83 juta penduduk Jerman sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya