Penyanyi wanita bakal berkahwin dengan 'hantu' - Utusan Malaysia

Penyanyi wanita bakal berkahwin dengan ‘hantu’

BROCARDE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita membuat pendedahan dilamun cinta dengan ‘hantu’ dan bakal berkahwin dengan makhluk halus tersebut dalam masa terdekat.

Lapor Daily Star, Brocarde, 38, merupakan seorang penyanyi dan komposer dari Oxfordshire jatuh cinta dengan ‘Edwardo’ yang merupakan hantu tentera Victoria.

Dia mula jatuh hati dengan ‘hantu’ tersebut selepas makhluk halus itu dipercayai memunculkan dirinya di rumah wanita itu.

Kedua-dua pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan selepas cincin permata muncul secara misteri di bantalnya menerusi pertunangan penuh romantik.

Edwardo difahamkan mati ketika berusia 35 tahun selepas terjatuh dari tembok.

Lelaki itu dikatakan memperkenalkan dirinya pada suatu malam dan sejak itu mereka berdua mula menjalinkan hubungan percintaan.

Hantu itu kemudian menghukum wanita tersebut dan enggan berhubung dengan dirinya kerana mendedahkan kisah percintaan mereka kepada khalayak ramai.

Disebabkan itu, pada suatu malam dia terasa seperti disengat lebah pada bahagian wajahnya.

“Saya fikir saya mimpi dan tertidur semula. Apabila saya tersedar, cincin itu hilang,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya