Gempa bumi bermagnitud 7.6 Richter gegar Indonesia, cetuskan amaran tsunami - Utusan Malaysia

Gempa bumi bermagnitud 7.6 Richter gegar Indonesia, cetuskan amaran tsunami

GAMBAR hiasan - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 skala Richter melanda timur Indonesia hari ini.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pada kedalaman 76 kilometer di Laut Flores.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan gempa bumi itu boleh mencetuskan ombak tsunami yang berbahaya.

“Semua orang berlari keluar ke jalan,” kata Agustinus Florianus, seorang penduduk bandar Maumere di Flores, kepada Reuters.

Maumere telah rosak teruk akibat gempa bumi dengan magnitud yang sama pada tahun 1992.

Amaran tsunami telah dikeluarkan untuk kawasan Maluku, Nusa Tenggara Timur, Nusa Tenggara Barat dan Tenggara dan Sulawesi Selatan.

Kajian Geologi A.S.  berkata, gempa itu mempunyai magnitud 7.3.

Gegaran susulan 5.6 magnitud melanda Larantuka selepas gempa pertama, kata agensi Indonesia.

“Ia terasa seperti dialun ombak, naik dan turun,” Zacharias Gentana Keranz, seorang penduduk Larantuka memberitahu Reuters.

Alfons Hada Betan, ketua agensi Mitigasi Bencana Flores Timur di Larantuka berkata, tiada laporan segera mengenai kerosakan dan gempa itu dirasai selama beberapa minit ketika orang ramai melarikan diri dari rumah masing-masing.

Orang ramai berkata di media sosial, gempa bumi turut dirasai kuat di Makassar, Sulawesi Selatan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di A.S. berkata, berdasarkan parameter awal gempa bumi, gelombang tsunami berbahaya mungkin berlaku untuk pantai yang terletak dalam jarak 1,000 km dari pusat gempa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya