Eropah pertimbang buka misi diplomatik di Afghanistan - Utusan Malaysia

Eropah pertimbang buka misi diplomatik di Afghanistan

EMMANUEL Macron berbual dengan Duta Perancis di Qatar, Jean-Baptiste Faivre sebelum berlepas ke Arab Saudi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron memaklumkan, beberapa negara Eropah sedang mempertimbangkan untuk membuka misi diplomatik bersama di Afghanistan.

Macron bagaimanapun menegaskan langkah itu tidak bermakna mereka mengiktiraf pemerintah Taliban di negara tersebut.

Sebaliknya, Macron menegaskan inisiatif itu amat berbeza dan tidak akan menandakan pengiktirafan politik mahupun dialog politik dengan Taliban.

“Kami mempertimbangkan sebuah organisasi antara beberapa negara Eropah, lokasi yang sama bagi membolehkan duta kami hadir.

“Kami akan mempunyai wakil sebaik sahaja boleh membukanya,” katanya kepada pemberita di Doha sebelum berlepas ke Arab Saudi.

Kumpulan Taliban mengambil alih pentadbiran Afghanistan pada Ogos lalu selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kejatuhan kerajaan disokong barat.

Dalam pada itu, Macron menjelaskan, segala keputusan akan dibuat berdasarkan situasi semasa di Afghanistan memandang negara itu belum stabil sepenuhnya.

Katanya, menempatkan misi diplomatik di Afghanistan perlu dilihat sebagai usaha kerja antarabangsa.

“Delegasi EU menggariskan kemungkinan mewujudkan kehadiran minimum di Kabul tanpa melibatkan pengiktirafan.

“Ia secara langsung akan bergantung pada keadaan keselamatan dan keputusan efektif dibuat oleh pihak berkuasa bagi membenarkan EU memberi perlindungan mencukupi untuk kakitangan dan premis,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.