Cawangan Starbucks China guna bahan tamat tarikh luput - Utusan Malaysia

Cawangan Starbucks China guna bahan tamat tarikh luput

SEORANG penduduk berjalan di depan kedai kopi Starbucks di Beijing. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Rangkaian kopi terkenal Amerika Syarikat (AS), Starbucks memaklumkan pihaknya menutup dua cawangan kedai kopi di China dan siasatan sedang dijalankan atas dakwaan melanggar peraturan keselamatan makanan.

Ia berikutan sebuah laporan media tempatan yang mendakwa cawangan kedai kopi berkenaan menggunakan bahan-bahan yang tamat tarikh luput untuk membuat minuman.

Menurut akhbar The Beijing Newspaper, kejadian itu berlaku di dua kedai kopi yang terletak di bandar Wuxi, timur China.

“Kami memandang serius apa yang dilaporkan oleh laporan media ini dan segera menutup dua cawangan terbabit untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Sejak memasuki pasaran China pada 22 tahun lalu, kami komited untuk melaksanakan piawaian keselamatan makanan ketat dan mengamalkan dasar ‘sifar toleransi’ terhadap isu keselamatan makanan.

“Kami mengalu-alukan pemantauan berterusan daripada media dan orang awam,” kata seorang jurucakap Starbucks.

Syarikat itu bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan laporan tersebut.

Menurut laporan akhbar, pihak berkuasa tempatan Wuxi sedang menyiasat kedai berkenaan dan insiden itu menjadi topik trending dalam  Weibo selepas laporan itu disiarkan. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya