LONDON: Penyanyi, Dua Lipa menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Fantastic Beasts, Callum Turner, di sini semalam.
Lapor akhbar The Sun, Pasangan itu disatukan dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan masing-masing.
Dua Lipa dan callum semalam meninggalkan majlis yang diadakan di Old Marylebone Town Hall.
Bintang pop Britain itu menggayakan persalinan putih rekaan Shciaparelli manakala Turner segak dalam persalinan biru gelap.
Lapor The Sun mereka sedang merancang pesta tiga hari di Sicily, Itali.
Dua Lipa, anak pendatang Kosovo yang bergelar penyanyi popular Britain, memaklumkan merancang untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini. – UTUSAN










