Bom Perang Dunia Kedua meletup di Jerman, tiga cedera - Utusan Malaysia

Bom Perang Dunia Kedua meletup di Jerman, tiga cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Satu bom era Perang Dunia Kedua meletup di sebuah tapak pembinaan yang terletak bersebelahan landasan kereta api di Munich, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga cedera dengan seorang daripadanya parah.

Kepulan asap dapat dilihat di kawasan tersebut di stesen Donnersbergerbruecke yang merupakan antara hub kereta api paling sibuk di Jerman.

Insiden itu menyaksikan perkhidmatan kereta api dihentikan buat sementara waktu.

Bom zaman perang yang tidak meletup sering ditemukan di negara ini, walaupun sudah 76 tahun perang dunia berakhir.

Kebanyakannya kerap ditemukan di tapak pembinaan dan akan dilupuskan oleh pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya