Australia lulus vaksin Pfizer bagi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun - Utusan Malaysia

Australia lulus vaksin Pfizer bagi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech bagi golongan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Program vaksinasi terhadap kumpulan kanak-kanak itu dijangka bermula pada 10 Januari depan.

Menteri Kesihatan Greg Hunt berkata, pengawal selia perubatan memberi kelulusan sementara untuk vaksin keluaran Pfizer-BioNTech diberikan kepada kanak-kanak.

Langkah serupa turut dilaksanakan di Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS), Israel dan Kanada.

Menurut Hunt, program vaksinasi 2.3 juta kanak-kanak Australia akan bermula pada 10 Januari depan, dan ia tertakluk kepada kelulusan badan penasihat imunisasi negara.

“Ia disyorkan bagi kanak-kanak di seluruh Australia.

“Ini adalah untuk memastikan anak-anak kita, keluarga dan semua rakyat Australia selamat,” katanya.

Sementara itu, Pentadbiran Produk Terapeutik memaklumkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan menerima dos vaksin lebih kecil berbanding individu berumur 12 tahun dan ke atas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya