UK bukan lagi destinasi pilihan pelancong - Utusan Malaysia

UK bukan lagi destinasi pilihan pelancong

VISIT Britain meramalkan jumlah pengunjung ke UK akan berkurangan pada tahun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu statistik menunjukkan tidak ramai orang akan melancong ke United Kingdom (UK) pada masa ini.  

Lapor CNN, lembaga pelancongan Visit Britain meramalkan jumlah pengunjung ke negara itu akan berkurangan pada tahun ini berbanding 2020.

Jumlah pengunjung ke UK menjunam daripada 40.9 juta pada 2019 kepada 11.1 juta pada tahun lalu sekaligus menunjukkan penurunan sebanyak 73 peratus.

Namun bagi tahun ini, sektor pelancongan UK bakal menjadi ‘sangat teruk’ dengan hanya 7.4 juta pelancong diramalkan mengunjungi negara ini sebelum akhir tahun ini.

Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 82 peratus berbanding 2019.

Ketika ini, kebanyakan negara Eropah sudah melonggarkan sekatan untuk tujuan pelancongan, termasuk UK.

Namun, data statistik menunjukkan kelonggaran itu tidak ‘berjaya meningkatkan jumlah pelancong ke UK’, tidak seperti di negara-negara jiran yang merekodkan pertambahan kemasukan pelancong dari semasa ke semasa.

Misalnya, Perancis menyaksikan peningkatan jumlah pelancong sebanyak 34.9 peratus pada tahun ini berbanding 2020 sekali gus membawa masuk AS$43 bilion (RM179.11 bilion) tambahan kepada ekonomi negara itu.

Bilangan penerbangan ke beberapa destinasi musim panas di Sepanyol dan Turki juga sudah pulih kepada 64 peratus dan 74 peratus berbanding angka dicatatkan pada 2019.  

Menurut penganalisis data penerbangan Forward Keys, Greece hampir kembali ke tahap pra pandemik sepanjang musim panas, dengan mencatatkan ketibaan pelancong sebanyak 86 peratus daripada jumlah pada Julai dan Ogos 2019.

UK sebaliknya hanya mampu mencatatkan 14.3 peratus daripada jumlah dilaporkan pada 2019.

Pihak industri menggambarkan situasi semasa UK sebagai keadaan buruk yang disebabkan oleh gabungan pelbagai faktor.         

Antaranya, lonjakan kes Covid-19 di Britain ketika negara Eropah lain semakin stabil, pelaksanaan peraturan perjalanan yang tidak konsisten serta kesan Brexit di UK dan mereka yang ingin melancong ke sana.  

Perbelanjaan kerajaan yang terhad dan rendah untuk pelan pemulihan pelancongan ketika negara-negara lain berusaha memberikan yang terbaik kepada pengunjung juga menjadi satu daripada punca kemerosotan jumlah pelawat ke UK.

“Masalah dihadapi UK adalah pelbagai dan bukan hanya berkaitan pandemik Covid-19,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Perdagangan bagi Pelancongan ke Eropah, Tom Jenkins.

Pengarah Tourism Alliance UK, Kurt Janson pula berpandangan masalah itu disebabkan kerajaan dan pandemik Covid-19.

 

 COVID-19 

Walaupun UK merupakan negara pertama di Eropah yang memulakan program vaksinasi namun sejak beberapa bulan lalu ia ketinggalan jauh di belakang negara jiran yang lain.

Menurut data dari Universiti John Hopkins, kira-kira 69 peratus rakyat Britain sudah divaksin.

Portugal sebaliknya berada pada kadar vaksinasi 87 peratus.

Malah, banyak negara seperti Perancis, Sepanyol dan Itali masih mewajibkan pemakaian pelitup muka namun UK pula melonggarkan sekatan tersebut. 

Jumlah kes Covid-19 di UK melonjak jauh melebihi negara Eropah lain pada bulan September dan Oktober.

Walaupun angkanya semakin meningkat di seluruh benua dengan negara seperti Jerman kini menyaksikan lonjakan besar dalam kadar jangkitan dan Belanda melaksanakan semula perintah berkurung, UK masih mencatatkan jumlah kes kedua tertinggi di dunia sejak empat minggu lalu. 

Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan warga Eropah keberatan untuk mengunjungi negara ini yang digelar sebagai Plaque Island  oleh New York Times pada tahun lalu.  

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Visit Britain, Patricia Yates mengakui UK perlu memperbaiki pelan pemulihan pandemiknya.

 

TIADA LAGI BEBAS CUKAI 

Pada 1 Januari lalu, kerajaan memansuhkan Skim Eksport Runcit (VAT) yang membenarkan membeli belah tanpa cukai di UK bagi warga bukan Kesatuan Eropah (EU).

Tindakan itu menjadikan UK satu-satunya negara Eropah yang tidak menawarkan beli belah bebas cukai kepada pengunjung dari luar EU. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya