Pengganas New Zealand mahu hukuman penjara dikurangkan - Utusan Malaysia

Pengganas New Zealand mahu hukuman penjara dikurangkan

BRENTON Tarrant mendakwa dia terpaksa mengaku bersalah kerana tidak tahan dengan ‘layanan’ yang diterima ketika ditahan reman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Pengganas kulit putih yang melepaskan tembakan rambang di dua masjid di Christchurch pada Mac 2019 dilaporkan bakal membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan terhadapnya.

Pertimbangan itu dibuat dengan alasan Brenton Tarrant mengaku bersalah terhadap jenayah yang dilakukan kerana berdepan dengan tekanan pelbagai pihak.

Tarrant didapati bersalah menyebabkan kematian 51 jemaah di dua masjid, 40 cubaan membunuh dan satu tindakan keganasan pada tahun lalu.

Lelaki itu dihukum penjara seumur hidup tanpa peluang mendapat parol, sekali gus disifatkan sebagai hukuman ‘paling berat dalam sejarah New Zealand’.

Ketika dibicarakan, Tarrant tidak mempertahankan diri, namun peguam belanya, Tony Ellis memaklumkan anak guamnya mempersoalkan mengenai keputusannya untuk mengaku bersalah.

Jelas Ellie, lelaki berusia 31 tahun itu memberitahunya, pengakuan itu dibuat di bawah tekanan kerana dia menerima ‘layanan tidak berperikemanusiaan’ ketika ditahan reman.

“Cara termudah untuk akhiri penderitaan yang dialaminya adalah dengan mengaku bersalah.

“Tarrant juga dihukum penjara selama 25 tahun yang disifatkan seperti tiada harapan untuk dia meneruskan kehidupan selepas ini,” katanya.

Berbekalkan senjata api semi automatik, Tarrant menyerang jemaah di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood ketika solat Jumaat.

Pengganas itu juga menyiarkan tindakan kejamnya secara penstriman langsung di Facebook. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya