Pengantin ‘hancurkan’ kereta Lamborghini milik tetamu - Utusan Malaysia

Pengantin ‘hancurkan’ kereta Lamborghini milik tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang pengantin baharu terpaksa bermalam di hospital pada malam pertama perkahwinan mereka selepas pengantin lelaki menyebabkan sebuah kereta mewah Lamborghini bernilai 200,000 pound (RM1.11 juta) kemalangan dan terbakar.

Lapor Daily Mail, Mahkamah Bradford Crown mendengar kes Ali Zaman yang memandu kereta mewah itu sehingga kemalangan selepas dia didapati berlumba dengan pengguna jalan raya lain.

Ketika kejadian, Ali, 26 bersama isterinya membawa Lamborghini milik seorang daripada tetamunya untuk keluar bersiar-siar selepas majlis perkahwinan mereka pada 15 Februari 2020.

“Semasa berhenti di lampu isyarat di Bradford, West Yorkshire, Ali tunjuk ‘hebat’ dengan kereta tersebut dan mencabar seorang pemandu untuk berlumba dengannya.  

“Ali kemudiannya memecut laju sebelum kereta yang dipandunya bertembung dengan kenderaan pemandu yang dicabarnya untuk berlumba,” jelas laporan itu.

Ali dan isterinya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Satu rakaman video selepas insiden rempuhan itu menunjukkan kereta sport tersebut terbakar dan anggota perkhidmatan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

Mahkamah dimaklumkan, Ali memandu kereta Lamborghini Huracan berwarna hijau itu tanpa pengetahuan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinannya.

Tetamu itu meletakkan kereta Lamborghininya di luar dewan dan meninggalkan kunci kereta dalam poket kotnya ketika memasuki ke majlis perkahwinan itu.

Namun apabila tetamu itu mahu bertolak pulang, dia menyedari kunci keretanya sudah hilang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.