Pembunuh 'sate beracun' berdepan hukuman penjara 18 tahun - Utusan Malaysia

Pembunuh ‘sate beracun’ berdepan hukuman penjara 18 tahun

NANI Apriliani Nurjaman ditahan polis sejak 30 April lalu selepas insiden sate beracun yang mengorbankan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Pendakwa raya umum (JPU) dari Pejabat Pendakwa Raya Daerah Bantul menuntut hukuman penjara 18 tahun dikenakan terhadap tertuduh kes pembunuhan sate beracun, Nani Aprilliani Nurjaman.

Tuntutan itu dibuat selepas JPU menilai Nani melakukan pembunuhan terancang seperti yang terkandung dalam Fasal 340 Undang-Undang Jenayah.

“JPU menuntut supaya tertuduh, Nani Apriliani Nurjaman dikenakan hukumann penjara selama 18 tahun berdasarkan jenayah yang dilakukannya,” menurut tuntutan tersebut.

Tuntutan itu dibacakan oleh empat orang pendakwa raya dalam sesi perbicaraan yang dilakukan secara dalam talian.

Dalam perbicaraan tersebut, Nani diiringi oleh peguam belanya iaitu R Anwar Widodo, Fajar Mulia dan Wanda Satria Atmaja.

Selepas tuntutan JPU dibacakan, hakim memberi peluang kepada wanita berusia 25 tahun itu untuk membela diri pada 22 November ini.

Nani ditangkap polis selepas didakwa menjadi dalang yang menghantar bungkusan sate dicampur bahan kimia kalium sianida menggunakan perkhidmatan penghantaran pada 30 April lalu.

Insiden itu berlaku selepas penghantar makanan, Bandiman menerima panggilan daripada Nani yang memintanya menghantar makanan kepada seorang lelaki tanpa menggunakan aplikasi.

Namun, lelaki tersebut tiada di rumah dan meminta Bandiman membawa balik makanan itu sebagai juadah berbuka puasa.

Seorang daripada anak Bandiman mencampurkan kuah sate tersebut dan mula muntah serta pengsan selepas memakannya.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya