Muhammad Sajjad buat pengakuan dianiaya kepada BBC - Utusan Malaysia

Muhammad Sajjad buat pengakuan dianiaya kepada BBC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilihat sengaja meraih simpati apabila mendedahkan kepada portal berita BBC di Sydney konon dirinya dianiaya semasa berada di Malaysia.

Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan melarikan diri selepas mendakwa dikasari oleh pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Saya perlu larikan diri sebab saya dilayan dengan kasar, dipukul serta digari di hadapan ibu bapa dan ahli keluarga.

“Saya rasa malu dan sedih. Saya berikan kerjasama, tetapi mereka tetap menganiaya saya. Mungkin sebab mereka lihat saya sebagai wanita transgender, jadi mereka tidak kisah saya dipukul.

“Sebagai wanita transgender, kami juga mempunyai perasaan dan layak menikmati kehidupan seperti individu normal lain. Saya percaya sebagai seorang muslim, saya mempunyai hak untuk menyatakan agama saya dengan cara sendiri,” luahnya kepada portal berita itu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Dia dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Usahawan sensasi itu kemudian menghilang dan dikesan melarikan diri ke Thailand.

Namun, pada 8 September lalu, dia ditahan pihak imigresen Thailand kerana memiliki passport tidak sah.

Muhammad Sajjad kini berada di Australia dan memaklumkan negara itu banyak membantunya memulakan kehidupan baharu di sana.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya