Lelaki OKU Malaysia jalani hukuman gantung di Singapura,10 November depan - Utusan Malaysia

Lelaki OKU Malaysia jalani hukuman gantung di Singapura,10 November depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Negara ini sedang bersiap sedia melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki kurang upaya yang disabitkan bersalah mengedar sejumlah kecil heroin, sedekad lalu.

The Washington Post melaporkan, hukuman itu dilihat tidak berperikemanusiaan di negara yang terkenal dengan hukuman tegas berkaitan kesalahan dadah.

Kementerian Dalam Negeri Singapura menerusi kenyataan berkata, Nagaenthran Dharmalingam, 33, telah diberikan ruang sepenuhnya mengikut proses undang-undang.

Mahkamah turut menolak rayuannya untuk membatalkan hukuman mati itu.

Mahkamah memutuskan tanggungjawab mental Nagaenthran atas kesalahannya tidak terjeas dengan ketara.

“Tertuduh didapati memahami dengan jelas sifat perbuatannya dan tidak hilang pertimbangan tentang betul atau salah atas setiap perkara yang dilakukan,” katanya.

Nagaenthran ditangkap pada 2009 ketika berusia 21 tahun semasa cuba merentas ke Singapura dari Malaysia dengan membawa 42 gram heroin.

Lelaki itu akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Kompleks Penjara Changi, 10 November depan.

Tertuduh gagal dalam rayuannya pada 2019 yang mengemukakan permohonan supaya mengurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup.

Sekiranya, Nagaenthran menjalani hukuman gantung minggu depan, dia akan menjadi individu pertama yang dijatuh hukum di Singapura sejak 2019.

Dalam pada itu, Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) berpendapat tertuduh hanya menjadi mangsa sindiket sebagai keldai dadah.

Apatah lagi, Nagaenthran juga disahkan hanya ada tahap kecerdasan atau IQ serendah 69 dan dianggap Orang Kurang Upaya kerana menghidap gangguan hiperaktiviti defisit perhatian.

Laman sosial Twitter dibanjiri dengan tanda pagar #SaveNagaenthran sehingga menjadi topik paling sohor hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.