fbpx

Kes jangkitan Covid-19 di China boleh cecah lebih 600,000 sekiranya batalkan polisi sifar Covid

CHINA melaksanakan perintah berkurung di dua bandar di wilayah Jilin susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19. - AFP

BEIJING: China boleh berdepan dengan lebih 630,000 jangkitan Covid-19 sehari sekiranya membatalkann polisi sifar Covid-19 dengan membenarkan perjalanan antara negeri.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar matematik Universiti Peking, China tidak mampu menarik balik larangan perjalanan tanpa program vaksinasi yang menyeluruh atau rawatan khusus untuk mencegah Covid-19.

Dengan menggunakan data pada Ogos dari Amerika Syarikat (AS), Britain, Sepanyol, Perancis dan Israel, pakar matematik China menilai situasi yang mungkin berlaku sekiranya China menggunakan taktik kawalan wabak sama seperti kesemua negara berkenaan.

Laporan itu menyebut, kes jangkitan Covid-19 di negara ini boleh mencecah 275,792 jika China mengambil pendekatan serupa Britan dan jumlah itu meningkat kepada 454,198 sekiranya mengikuti langkah Perancis.

“Jangkaan itu secara tidak langsung menunjukkan risiko yang mungkin berlaku dan menyebabkan negara tidak mampu untuk menghadapinya, terutamanya sistem perubatan.

“Sehubungan itu, China masih belum bersedia untuk melonggarkan polisi sifar Covid-19 sehingga pendekatan lebih berkesan ditemukan,” menurut laporan itu.

China menjadi antara negara yang masih meneruskan polisi sifar Covid-19 dengan mengenakan pelbnagai sekatan serta peraturan kepada penduduk.

Sehingga Khamis lalu, negara ini merekodkan sebanyak 23 kes jangkitan baharu. – REUTERS

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!