Eropah sekali lagi jadi pusat penularan Covid-19 - Utusan Malaysia

Eropah sekali lagi jadi pusat penularan Covid-19

PASUKAN perubatan memindahkan pesakit Covid-19 ke dalam pesawat tentera di Otopeni, Romania untuk menerima rawatan di Jerman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Eropah sekali lagi berdepan dengan ancaman penularan Covid-19 yang tinggi apabila pihak berkuasa kesihatan meramalkan separuh daripada populasi di benua ini boleh meninggal dunia akibat virus maut itu menjelang musim sejuk ini.

Antara negara Eropah yang berdepan dengan peningkatan kes termasuk Jerman apabila merekodkan kes jangkitan harian tertinggi sejak pandemik bermula.

Pengarah Rantau Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Hans Kluge berkata, kadar penularan jangkitan di benua ini berada pada tahap ‘amat membimbangkan’.

“Sekali lagi, Eropah menjadi pusat penularan jangkitan Covid-19.

“Berdasarkan pemantauan, sekiranya kita terus kekal dalam situasi semasa, kira-kira separuh populasi Eropah akan meninggal dunia menjelang Februari tahun depan,” katanya.

Kebanyakan negara Eropah ketika ini berdepan dengan peningkatan kes jangkitan yang disebabkan oleh varian Delta, selain menjejaskan kelonggaran peraturan Covid-19 yang dilaksanakan.

Selain Jerman, Rusia dan Ukraine turut mengenakan semula sekatan Covid-19 bagi mengawal penularan.

Golongan pakar pula berpendapat, musim sejuk dijangka memburukkan lagi situasi jangkitan di Eropah.

Berdasarkan maklumat mingguan terbaharu, WHO menyatakan Eropah merekodkan kenaikan kes jangkitan sebanyak enam peratus pada minggu lalu, dengan beberapa negara lain mula menunjukkan penurunan.

Sehubungan itu, Kluge ‘menyalahkan’ dua faktor yang menyebabkan peningkatan tersebut, iaitu kelonggaran sekaran Covid-19 dan program vaksinasi tidak meluas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya