Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia - Utusan Malaysia

Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia

LAKARAN pembinaan Bandar Perindustrian Oxagon yang bakal menjadi kompleks perindustrian terapung terbesar di dunia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman melancarkan bandar futuristik NEOM dikenali sebagai OXAGON yang merupakan kompleks perindustrian terapung terbesar dibina di dunia.

Lapor Arab News, OXAGON melengkapkan falsafah dan prinsip yang sama dengan THE LINE, yang diumumkan Januari lalu, serta menawarkan kawasan penempatan luar biasa dikelilingi alam semula jadi.

Bandar itu terletak di Laut Merah berdekatan Terusan Suez dan selatan THE LINE serta merangkumi pelabuhan Duba yang merupakan sebahagian dari OXAGON.

OXAGON akan menubuhkan pelabuhan bersepadu sepenuhnya dan ekosistem rantaian bekalan pertama di dunia untuk NEOM.

Bandar yang dijana oleh 100 peratus sumber tenaga bersih akan mengintegrasikan kemudahan pelabuhan, logistik dan penghantaran rel.

Bandar itu turut menyediakan tahap produktiviti bertaraf dunia dengan pelepasan karbon sifar bersih, menetapkan penanda aras global dalam penggunaan teknologi dan kelestarian alam sekitar.

Kira-kira 13 peratus daripada perdagangan global melalui Laut Merah dan OXAGON diletakkan sebagai antara hab logistik paling berteknologi termaju di dunia dengan pelabuhan dan lapangan terbang bersepadu yang canggih.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.