fbpx

‘Tertekan’ bunyi bising, anak kucing ‘hiperaktif’, wanita didenda RM12,321

NATALIE Lau Sze Yuin memelihara dua ekor anak kucing dinamakan Milky dan Panda. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang wanita yang memelihara dua ekor anak kucing berusia tiga bulan berasa ‘tertekan’ dengan bunyi serta keadaan haiwan itu yang ‘hiperaktif’, lebih-lebih lagi pada sebelah malam.

Berita Mediacorp melaporkan, wanita itu mendakwa dia cuba menawarkan haiwan itu untuk dipelihara orang lain tetapi tidak berjaya.

Untuk itu dia meletakkan kedua-dua anak kucing itu ke dalam sangkar haiwan dan membiarkannya di atas rumput dengan pintu dibuka.

Natalie Lau Sze Yuin, 40, didenda S$4,000 (RM12,321) oleh mahkamah daerah atas satu tuduhan meninggalkan haiwan buat selama-lamanya tanpa alasan yang munasabah.

Tuduhan kedua yang sama dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman.

Tertuduh juga dilarang daripada memelihara mana-mana jenis haiwan selama 12 bulan.

Mahkamah diberitahu tertuduh memelihara dua anak kucing, dinamakan Milky dan Panda, yang diambilnya daripada seorang wanita pada awal Ogos tahun lalu.

Dia menyimpan anak-anak kucing itu di rumahnya tetapi berasa ‘tertekan’ akibat bunyi yang dibuat haiwan tersebut.

Mahkamah diberitahu tertuduh tidak meletakkan makanan atau minuman di dalam bekas makanan.

Dia juga tidak membuat sebarang percubaan untuk memeriksa keadaan anak-anak kucing itu selepas meninggalkannya.

Pesalah kali pertama yang didapati mengabaikan haiwan peliharaan mereka boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

POPULAR

KOSMO! TERKINI