Sanggup jual bayi demi sesuap nasi - Utusan Malaysia

Sanggup jual bayi demi sesuap nasi

SEORANG lelaki memaklumkan keluarganya tidak mempunyai pilihan selain menjual anak perempuan mereka. – BBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sebahagian besar penduduk Afghanistan yang dibelenggu kemiskinan dan kebuluran sanggup menjual anak mereka kerana ter desak mendapatkan wang bagi menyara keluarga.

Lapor Daily Mail, seorang wartawan BBC, Yogita Limaye yang mengunjungi sebuah kampung di luar bandar Herat sempat menemu bual seorang ibu yang menjual bayi perempuannya dengan harga AS$500 (RM2,073) demi menyara anak-anak lain.

Pembeli yang merupakan seorang lelaki mendakwa mahu membesarkan kanak-kanak perempuan itu agar dapat dikahwinkan dengan anaknya.

Pembeli itu membayar wang pendahuluan sebanyak AS$250 (RM1,036) yang memadai untuk menyara keluarga berkenaan selama beberapa bulan.

Lelaki tersebut akan membayar wang selebihnya, apabila dia kembali semula untuk membawa bayi itu sebaik sahaja boleh berjalan.

“Anak-anak saya yang lain akan mati akibat kebuluran, jadi kami terpaksa menjual anak perempuan.

“Sudah tentu kami berasa sedih. Dia anak saya dan saya berharap tidak perlu menjual anak saya,” kata wanita berkenaan kepada BBC.

Bapa bayi itu yang sebelum ini bekerja sebagai pengutip sampah untuk menyara keluarganya kini bergelut meneruskan kehidupan tanpa pendapatan.

Kata lelaki itu, keluarganya tidak mempunyai pilihan lain selain menjual anak perempuan mereka.

“Kami kebuluran, ketika ini kami tiada tepung, minyak di rumah, malah kami tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

“Anak perempuan kami tidak tahu masa depannya. Saya juga tidak tahu bagaimana perasaannya, namun saya terpaksa melakukannya,” kata lelaki itu.

Perkahwinan kanak-kanak diamalkan di Afghanistan sejak puluhan tahun lalu, namun keadaan ekonomi negara yang teruk menyebabkan banyak keluarga memilih untuk menjual anak pada usia yang muda.

Program Makanan Sedunia memberi amaran lebih separuh populasi Afghanistan iaitu kirakira 22.8 juta penduduk bakal berdepan kekurangan bekalan makanan yang kritikal dalam tempoh beberapa bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN