fbpx

3 Disember 2021, 3:42 pm

  TERKINI

Remaja hidap OCD miliki perniagaan cuci kereta

ZYKIAH Ditchett
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif
(OCD) sehingga tabiat suka membersih secara melampau berubah menjadi perniagaan.

Lapor Daily Star, Zykiah Ditchett dari Worsley, Manchester mula menunjukkan gejala itu sejak
usia muda lagi.

Zykiah didiagnosis dengan gangguan pembersihan obsesif kompulsif ketika berusia 13 tahun selepas ibu bapanya bimbang mengenai tabiat membersih rumah mereka secara berulang kali.

Dalam usaha menangani gejala dialami remaja itu secara baik, ibu bapanya menghadiahkan sebuah kit mencuci kereta kepada Zykiah sempena Hari Krismas.

Menurut laporan Manchester Evening News, dia mengenakan bayaran sebanyak lima pound (RM28.57) bagi setiap kereta yang dicucinya.

Ibunya, Jo berkongsi satu hantaran mengenai penyakit dialami Zykiah dan tabiatnya yang gemar mencuci kereta dalam Facebook.

Hantaran itu menjadi tular sehingga puluhan orang tampil menunjukkan sokongan dengan meninggalkan kenderaan mereka untuk dicuci di luar rumah keluarga Ditchett.

Seorang ahli perniagaan tempatan kemudian menawarkan sebuah lokasi tetap bagi membolehkan Zykiah menjalankan perniagaan cuci keretanya. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI