Rakyat Palestin tunai keinginan naik pesawat dengan kafe kapal terbang - Utusan Malaysia

Rakyat Palestin tunai keinginan naik pesawat dengan kafe kapal terbang

KEADAAN pesawat yang diubahsuai menjadi sebuah restoran di Nablus. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Dua beradik kembar mengambil inisiatif menjadikan pesawat Boeing 707 sebagai sebuah restoran di bandar Nablus, Tebing Barat. 

Khamis al-Sairafi dan abangnya, Ata, mahu memberikan pengalaman kepada rakyat Palestin seperti berada di dalam penerbangan menerusi The Palestinian-Jordanian Airline Restaurant and Coffee Shop. 

Jelasnya, sebanyak 99 peratus rakyat Palestin tidak pernah menaiki pesawat, lapor Daily Mail.   

“Hanya duta, diplomat, menteri dan datuk bandar pernah menaiki kapal terbang,” kata Khamis. 

Wilayah yang dijajah Israel itu tidak mempunyai lapangan terbang dan bagi individu yang berkemampuan mereka perlu membeli tiket dan menaiki penerbangan di Jordan. 

Pelanggan boleh menikmati hidangan dan minuman sama ada di meja yang diletakkan di bawah atau di dalam pesawat itu. 

Kebanyakan pelanggan mahu mengambil gambar di dalam kapal terbang dengan harga lima shekel (RM6.40) dikenakan bagi setiap orang.

Pelanggan berkata, mereka teruja untuk datang selepas melihat gambar pesawat yang sudah diubah suai tular dalam media sosial. 

Pesawat itu pernah digunakan oleh Israel dari 1961 hingga 1993 yang pernah membawa Perdana Menteri, Menachem Begin ke Amerika Syarikat, 1978. 

Pesawat itu kemudian dibeli oleh ahli perniagaan Israel yang mahu mengubah suai menjadi restoran, namun, projek itu tertangguh akibat tidak mendapat persetujuan pihak berkuasa tempatan.

Pasangan kembar itu kemudian membeli pesawat tersebut daripada ahli perniagaan itu dengan harga AS$100,000 (RM415,000) pada 1999.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya