Ibu kandung, bapa tiri tak mengaku aniaya anak

Ibu kandung, bapa tiri tak mengaku aniaya anak

KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganiaya anak kandungnya sehingga cedera, bulan lalu.

Turut didakwa atas pertuduhan sama ialah bapa tiri mangsa yang juga seorang pengawal keselamatan kelab malam (bouncer).

Mengikut pertuduhan, Nurazwani Ahmad Rosli, 29, dan Hamzi Amni Zamali, 40, didakwa bersama-sama telah menganiaya mangsa yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada 23 Mei lalu di sebuah unit rumah pangsa kos rendah di Bandar Tasik Selatan di sini.

Pertuduhan terhadap pasangan itu dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ravindejit Kaur tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan kes adalah serius dan membabitkan anak kandung Nurazwani.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan ikat jamin, pendakwaan mencaadangkan jumlah wang jamin RM30,000 bagi setiap tertuduh dan mereka perlu lapor diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan.

“Untuk maklumat mahkamah tertuduh, Hamzi Amni mempunyai banyak rekod lampau termasuk rogol, samun dan rompak. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon agar mangsa dalam kes ini tidak tinggal serumah dengan kedua-dua tertuduh,” katanya.

Pasangan itu kemudian merayu agar jumlah jaminan tersebut dikurangkan memandangkan mereka menanggung keluarga di kampung.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin kemudian menetapkan jamin RM20,000 bagi setiap tertuduh dan masing-masing juga perlu melapor diri dua kali sebulan di balai polis berdekatan serta dilarang mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Julai ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN