Dadah diseludup dalam tulang ayam - Utusan Malaysia

Dadah diseludup dalam tulang ayam

PEGAWAI Penjara Garut memeriksa makanan yang dibawa pengunjung kepada banduan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pegawai Penjara Garut, Jawa Barat menemukan taktik baharu penyeludupan syabu yang dilakukan pengunjung dengan menyelitkan bahan terlarang itu dalam tulang ayam, sebelum bungkusan makanan diserahkan kepada banduan.

Antara melaporkan, Ketua Penjara Kelas IIB Garut, Kristyo Nugroho berkata, perkara itu terbongkar selepas pihak­nya melakukan pemeriksaan lanjut makanan yang dikirim pengunjung Penjara Garut.

“Modus operandi penyeludupan yang dilakukan kali ini sangat baharu dan unik kerana si pelaku sengaja memasukkan barang haram tersebut ke dalam tulang ayam,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

Menurutnya, dugaan berdepan Covid-19 tidak ‘menyurutkan’ usaha pe­ngun­jung Penjara Ga­rut me­nye­lu­dup dadah ke da­lam penjara dengan pelbagai usaha, seperti yang berlaku di Penjara Garut.

Jelas beliau, cubaan memasukkan syabu da­lam tu­lang ayam sebagai usaha mengelak diketahui pegawai penjara, tetapi perkara itu dapat dipatahkan.

Penemuan penyeludupan dadah bermula ketika pegawai penjara curiga dengan makanan yang dibawa oleh pengunjung, kerana banyak tulang ayam ditemukan di sebalik tauhu dan ayam.

“Kita membelah tulang ayam dan bungkusan paket kristal putih ditemukan pada salah satu tulang ayam tersebut,” katanya.

Beliau menambah, penemuan itu membuat­kan pihak­­nya me­ning­katkan peme­riksaan terhadap pengunjung dan­ ma­ka­nan yang dibekalkan untuk banduan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN