Budak sekolah di Jepun paling ramai bunuh diri - Utusan Malaysia

Budak sekolah di Jepun paling ramai bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kes bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak di Jepun mencatatkan jumlah tertinggi dalam tempoh empat dekad.

Kementerian Pendidikan menerusi tinjauan berkata, seramai 415 kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah hingga menengah dilaporkan membunuh diri ketika pandemik Covid-19 melanda sehingga menyebabkan penutupan sekolah.

Jelasnya, jumlah tersebut naik kepada 100 orang berbanding tahun lalu sekali gus merekodkan angka tertinggi sejak kes tersebut dilaporkan 1974.

Akhbar tempatan, Asahi melaporkan kes bunuh diri meningkat pada 2020 ketika pandemik melanda dengan jumlah wanita yang membunuh diri melonjak akibat tekanan emosi dan kewangan.

Jumlah lelaki yang membunuh diri pula dilaporkan lebih rendah di negara itu.

Seorang pegawai kementerian berkata, hasil tinjauan menunjukkan perubahan persekitaran sekolah dan keadaan di rumah akibat pandemik memberikan kesan besar kepada tingkah laku kanak-kanak.

Perbuatan membunuh diri mempunyai sejarah panjang di Jepun dan ia dianggap sebagai cara menghindari rasa malu atau penghinaan.

Kadar bunuh diri di Jepun mendahului Kumpulan Negara-Negara Ekonomi Maju (G7).-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya