Bangladesh perkenal kurikulum Myanmar bagi pelarian Rohingya - Utusan Malaysia

Bangladesh perkenal kurikulum Myanmar bagi pelarian Rohingya

PELARIAN kanak-kanak Rohingya bermain layang-layang di kem pelarian Kutupalong.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam proses memperkenalkan pendidikan formal menggunakan kurikulum Myanmar bagi ratusan ribu kanak-kanak Rohingya yang tinggal di kem pelarian Cox’s Bazar.

Kanak-kanak itu yang merupakan separuh daripada populasi pelarian, kini menghadiri 6,250 pusat pembelajaran tidak formal yang dikendalikan oleh agensi PBB dan rakan bantuan di 34 kem di Cox’s Bazar yang menyediakan pendidikan asas kepada lebih 354,000 pelajar.

Kerajaan Bangladesh Januari tahun lalu, mencapai persetujuan dengan PBB iaitu kanak-kanak Rohingya perlu dibekalkan dengan pendidikan sebagai persediaan pada masa depan sebelum kembali ke negara asal mereka semula.

Program perintis itu akan dilancarkan di sekolah Bangladesh.

Jurucakap Agensi Pelarian PBB di Cox’s Bazar, Regina de la Portilla berkata, kurikulum Myanmar akan diperkenalkan di pusat pembelajaran berdasarkan permintaan dari kerajaan Bangladesh.

Jelasnya, objektif pendidikan itu supaya kanak-kanak boleh menyambung semula pendidikan apabila pulang ke negara asal dengan selamat.

Kementerian Luar Bangladesh dijangka merasmikan projek itu dan sedang melakukan persediaan akhir.

“Kami telah membuat beberapa pemerhatian untuk memasukkan budaya Myanmar dalam kurikulum tersebut. Objektif kami adalah menyediakan mereka peluang berintegrasi dengan masyarakat Myanmar sebaik sahaja dihantar pulang,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya