46 maut kediaman 13 tingkat di Taiwan dijilat api - Utusan Malaysia

46 maut kediaman 13 tingkat di Taiwan dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Sekurang-kurangnya 46 maut dan puluhan mangsa mengalami kecederaan selepas kediaman 13 tingkat di selatan Taiwan terbakar.

Jabatan Bomba dan Penyelamat memberitahu, bangunan komersial dan kediaman penduduk di bandar Kaohsiung terbakar sejak awal pagi tadi, lapor BBC.

Pihak bomba terpaksa mengambil masa sehingga empat jam untuk memadam kebakaran itu.

Difahamkan, seramai 79 mangsa dibawa ke hospital termasuk 14 individu mengalami kecederaan serius.

Punca kebakaran belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian.

Penduduk berdekatan memaklumkan kepada media tempatan mereka terdengar bunyi letupan kuat sebelum kebakaran berlaku.

Pegawai bomba kemdudian mengesa penduduk tidak membiarkan sampah terkumpul di dalam rumah atau sekitar kediaman agar kawasan tangga tidak terhalang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya