fbpx

14 maut bas tentera dibom di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Seramai 14 orang maut selepas sebuah bas tentera di Damsyik hari ini meletup akibat diserang bom.

Lapor BBC, serangan berdarah itu menggunakan dua alat letupan menyasarkan bas yang melalui jalan di jambatan utama Jisr al-Rais di ibu negara.

Pasukan bom dikerahkan ke lokasi kejadian dan memusnahkan alat letupan ketiga yang ditanam di kawasan berkenaan.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Namun, kebanyakan serangan sebelum ini didalangi oleh kumpulan Daesh.

Serangan bom tersebut dilaporkan paling teruk sejak Mac 2017, apabila 31 orang terbunuh selepas pengebom berani mati melancarkan serangan di Istana Kehakiman.

POPULAR

KOSMO! TERKINI