Siasat pihak dedah Operation London Bridge - Utusan Malaysia

Siasat pihak dedah Operation London Bridge

RATU Britain, Ratu Elizabeth II. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain dijangka menjalankan siasatan berhubung pendedahan sebuah pelan upacara pengebumian yang disediakan selama 10 hari selepas kematian Ratu Elizabeth II.

Lapor Daily Mail, pelan yang dikenali sebagai Operatian London Bridge itu hanya dikongsi oleh sekumpulan kecil individu.

Antara perincian dalam pelan itu adalah semua bendera Whitehall akan dikibarkan separuh tiang dalam masa 10 minit diikuti dengan pengumuman rasmi Putera Charles di televisyen dan beliau akan berangkat untuk lawatan ke seluruh United Kingdom (UK) serta upacara peringatan yang dirancang di Gereja St. Paul.

Laman sesawang keluarga diraja itu akan memuat naik gambar halaman berwarna hitam dengan kenyataan pendek yang mengesahkan berita kematian Ratu Britain.

Kesemua laman sesawang kerajaan UK juga akan memuat naik halaman berwarna hitam sebagai tanda penghormatan.

Perdana Menteri, Boris Johnson dan isterinya, Carrie Johnson dijangka mengadakan pertemuan dengan Ratu Elizabeth di Balmoral.

Pihak Istana Buckingham enggan memberi maklum balas berhubung perkara ini.

Namun, seorang sumber dari Istana memaklumkan para pegawai berasa kurang senang dengan pendedahan perancangan tersebut.

Seorang pakar, Angela Levin menyifatkan tindakan pendedahan pelan rahsia itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Dilaporkan, pelan selama 10 hari itu didedahkan kepada Politico selepas dikemas kini ketika pandemik Covid-19. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya