Semakin ramai tukar kerjaya jadi pendidik - Utusan Malaysia

Semakin ramai tukar kerjaya jadi pendidik

SALBIAH Ramli menyertai Program Pertukaran Kerjaya (CCP) dan pada usia 39 tahun, menjadi seorang pendidik prasekolah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Lebih ramai orang menjadi guru prasekolah di Singapura dalam pertukaran pertengahan kerjaya.

Workforce Singapore (WSG) menyatakan jumlah itu naik kepada hampir dua kali ganda pada tahun lalu sahaja.

Berita Mediacorp melaporkan, sejauh ini, 2,300 orang sudahpun membuat peralihan kerjaya itu menerusi inisiatif seperti Program Pertukaran Kerjaya (CCP) sejak 2019.

Sama ada belon, bunga atau kereta api, Salbiah Ramli kini sudah terbiasa melukisnya. Namun, rutin itu satu perubahan agak besar berbanding tujuh tahun lalu ketika beliau bertugas dalam industri kewangan.

Selepas meninggalkan sektor awam, beliau kebetulan hamil dengan anak bongsunya.

Beliau dapat memasukkan anaknya ke sebuah tadika dan kemudian terus terdorong untuk menyertai sektor pendidikan awal kanak-kanak.

Salbiah menyertai Program Pertukaran Kerjaya (CCP) dan pada usia 39 tahun, menjadi seorang pendidik prasekolah.

Pusat prasekolah di mana Salbiah bertugas juga menerima kanak-kanak berkeperluan khas.

“Saya mengambil diploma singkat tentang keperluan khas untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas juga kerana saya percaya adakalanya mereka adalah kumpulan yang dilupakan dan ia sebenarnya bukan mudah menangani mereka,” katanya.

Maka itu selepas latihan lapan bulan, beliau mahu terus belajar dan kini mempunyai diploma untuk mendidik kanak-kanak berkeperluan khas.

WSG merancang untuk berunding dengan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) untuk kemungkinan memperluaskan kohort CCP akan datang.

Permohonan bagi kohort seterusnya bermula Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN