Seleweng dana pembinaan masjid: Pesalah berat rasuah perlu dihukum mati - Utusan Malaysia

Seleweng dana pembinaan masjid: Pesalah berat rasuah perlu dihukum mati

PROJEK pembinaan Masjid Sriwijaya yang terbengkalai kerana terkait dalam dakwaan penyelewengan dana dan rasuah oleh pihak tertentu. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyifatkan kes rasuah melibatkan projek pembinaan Masjid Sriwijaya, Palembang sebagai ‘tidak dapat diterima oleh akal yang sihat’.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua Setiausaha (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) MUI, Ikhsan Abdullah yang mahu pelaku jenayah tersebut dikenakan hukuman berat, atau jika perlu, dihukum mati sebagai langkah pencegahan.

Menurutnya, jenayah korupsi kini semakin membimbangkang, dilakukan oleh sesiapa sahaja, ahli perniagaan kepada pegawai negeri malah menteri.

“Semua dana yang di­seleweng, bagaikan tiada sempadan, dari projek kemudahan sukan, bantuan sosial, perolehan al-Quran sehingga dana hibah pembangunan masjid.

“Semuanya hendak di­selewengkan, rasuah,” katanya seperti dipetik melalui laporan Detik.

Beliau mengulas laporan sembilan pihak ditahan termasuk bekas Gabenor Sumatera Selatan, Alex Noerdin mengenai penyelewengan dana 130 bilion rupiah melibatkan pembangunan Masjid Sriwijaya.

Ikhsan berkata, terbongkar­nya dakwaan kes rasuah dana hibah pembangunan masjid itu menampakkan deretan kejahatan korupsi di Indonesia.

Mereka yang dituduh jelas­nya, tak memandang dana apa yang diambil untuk kantung peribadi mereka.

“Bahkan pembinaan rumah Allah, iaitu masjid, hendak di­selewengkan. Sesuatu yang melampaui batas moral dan nilai agama yang kita tegakkan. Tak boleh diterima akal, terutama dari segi moral, mengapa hibah untuk pembangunan masjid juga hendak rasuah.

“Hukuman berat diperlukan kerana korupsi dalam bantuan sosial dan geran pembinaan masjid, jika terbukti, mesti dihukum mati, agar ada kesan pencegahan. Rasuah merosakkan generasi dan merosakkan kelangsungan kebaikan bagi manusia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya