Sanggup menculik demi sesuap nasi - Utusan Malaysia

Sanggup menculik demi sesuap nasi

KOREA Utara berdepan kekurangan bekalan makanan selepas pintu sempadan negara itu ditutup bagi mengawal jangkitan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penduduk Korea Utara yang kini berdepan dengan krisis kebuluran sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bekalan makanan termasuk menculik kanak-kanak dari keluarga kaya.

Sekurang-kurangnya empat kes penculikan kanak-kanak dilaporkan di negara tersebut sejak beberapa minggu.

Bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar yang terhad semakin memburuk sejak Pyongyang menutup sepenuhnya pintu sempadan pada Januari 2020 sebagai usaha mengekang penularan Covid-19.

Pada bulan lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang ketika bermain di tepi sungai di rumahnya di daerah Songchon, utara Pyongyang.

“Kanak-kanak itu diculik dan dijadikan tebusan oleh seorang lelaki yang mengetahui dia dari keluarga berada.

“Penculik mengurung kanak-kanak itu di dalam bilik di rumahnya dan meminta wang tebusan sebanyak 500,000 won (RM2,308),” menurut sumber di Korea Utara kepada portal berita Radio Free Asia.

Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek dan menangkapnya, manakala kanak-kanak tersebut diserahkan semula kepada ibu bapanya.

Satu lagi kes serupa dilaporkan membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun apabila dia diculik ketika berjalan ke rumahnya di daerah Yangdok.

Seorang lelaki yang menaiki motosikal mengajaknya pulang ke rumah dan ketika dalam perjalanan, kanak-kanak tersebut menyedari dia diculik sebelum berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

“Ketika disoal siasat, suspek mengaku menculik kerana ingin mendapatkan duit untuk membeli makanan kerana sudah lama keluarganya berlapar,” jelas portal berita itu.

Sementara itu, portal berita Daily NK yang berpangkalan di Korea Selatan turut melaporkan beberapa kes penculikan di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya