Penasihat Suu Kyi muncul di mahkamah - Utusan Malaysia

Penasihat Suu Kyi muncul di mahkamah

GAMBAR Sean Turnell ketika proses vaksinasi disiarkan di media kerajaan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Warga Australia yang juga penasihat kepada pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, muncul di mahkamah untuk didakwa atas tuduhan berkaitan imigresen dan rahsia rasmi.

Seorang peguam yang terlibat dalam kes itu mendedahkan perkara tersebut.

Profesor dari Universiti Macquarie, Sean Turnell merupakan warga asing pertama ditahan susulan rampasan kuasa pada 1 Februari lalu yang menggulingkan pemerintahan Suu Kyi dan mencetuskan tunjuk perasaan besar di Myanmar.

Turnell berada di Penjara Insein di Yangon sejak penahanan beliau.

Peguam Khin Maung Zaw berkata, Turnell muncul dalam keadaan lemah dan letih di mahkamah di Naypyidaw.

Menurut Zaw, Turnell juga memakai set pakaian pelindung diri yang lengkap tanpa memperincikannya dengan tepat.

Julai lalu, isteri Turnell memohon pembebasannya kerana bimbang dengan kesihatannya ketika Myanmar berdepan lonjakan kes Covid-19.

Beberapa gambar menunjukkan Turnell menerima vaksin Covid-19 di Penjara Insein disiarkan di akhbar media kerajaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya