Pemimpin Rohingya maut ditembak empat penyerang selepas selesai Maghrib - Utusan Malaysia

Pemimpin Rohingya maut ditembak empat penyerang selepas selesai Maghrib

MOHIB ULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR: Pemimpin komuniti Rohingya, Mohib Ullah terbunuh selepas ditembak penyerang tidak dikenali di kemb pelarian dekat sini semalam.

Jurucakap polis memberitahu, Mohib ditembak empat penyerang ketika sedang mengadakan pertemuan bersama pemimpin pelarian lain di luar pejabatnya selepas selesai solat Maghrib.

“Pihak berkuasa keselamatan yang ditugaskan menjaga keamanan 34 kem pelarian Rohingya, meningkatkan kawalan susulan kejadian itu.

“Tiada yang ditahan setakat ini,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN